Thursday, 31 December 2015

FUH MENYEDIHKAN !!! KEHILANGAN ANITA SARAWAK BERTAHUN-TAHUN AKHIRNYA TERJAWAB..

Mesti ramai yang tertanya-tanya dimana Anita Sarawak.. jangan sedih.. tapi memang ini yang berlaku..



KUALA LUMPUR – Misteri kehilangan penghibur tersohor, Anita Sarawak selama hampir tiga tahun sejak 2012 akhirnya terjawab semalam apabila dia dikhabarkan berada dalam keadaan sihat dan kini menetap di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Adik Anita yang juga pelakon, Noorkumalasari Mohamed Taib (gambar kecil), 59, mendedahkan penyanyi yang terkenal dengan lagu Seksis dan Tragedi Buah Epal itu mengambil keputusan untuk menyepi dan meninggalkan Malaysia kerana nekad bersara daripada dunia hiburan.

Malah, Noorkumalasari berkata, Anita yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-63 pada Rabu lalu juga menafikan perceraiannya dengan Mahathir Abdullah seperti yang digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak sebelum ini.

Perkahwinan Anita dengan Mahathir sudah mencecah 14 tahun selepas bernikah sejak 2001.

“Saya ada menghubungi Anita dua bulan lalu dan bertanya tentang kesahihan berita perceraiannya dengan Mahathir.

“Anita berkata, dakwaan tersebut merupakan satu fitnah kerana beliau kini masih bahagia bersama suaminya di Las Vegas.

“Dia juga sudah pencen dan tidak akan menyanyi lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! yang berusaha menjejaki penyanyi itu sejak seminggu lalu.

Noorkumalasari yang sebelum ini mengunci mulut daripada berkongsi kisah mengenai Anita turut memberitahu, Anita tidak merancang untuk pulang ke tanah air dalam masa terdekat kerana selesa tinggal di Las Vegas sambil menguruskan perniagaan bersama Mahathir.


Sumber

AKHIRNYA!!! Video Rakaman Kedua Mangsa Culik Nur Amirah Athirah Menjelaskan Kedudukan Sebenar..

Video Rekaman Kedua Mangsa Culik Nur Amirah Athirah Menjelaskan Kedudukan Sebenar|Berita terkini mengenai kes culik nur amirah athirah yang berusia 14 tahun masih belum di temui,sebelumnya info yang tersebar di media sosial yang mengatakan mangsa telah ditemui di batu 12 johor.


Dalam masa yang sama banyak khabar angin disebar netizen mengatakan mangsa telah mengatakan mangsa sudah dirogol dan dibunuh.

Perkara Ini mengundang kemarahan salah seorang ahli keluarga mangsa iaitu Hazi Aziey berdasarkan posting Facebook yang dibuat beliau lebih kurang jam 2pagi tadi.

"Minta tolong siapa yg share status sy sebelum ni tolong delete ye.. Atas faktor keselamatan.. Info terbaru Ira (adik sedara) sy belum dijumpai.. Berhenti sebarkan cerita tak betul.. Sesape yg ada share yg status sblm ni TOLONG PADAM. Atau sesiapa yg nmpk org post gmbr status sy mnta tlg mereka delete.. Trima kasih atas doa dan sokongan anda. TQVM"


video rekaman penjelasan berkait dengan kes culik terbabit telah di muat naik kedudukan sebenar mangsa agar tidak mengelirukan masyarat yang perihati yang mengikuti kes perkembangan penculikan.


Sumber

KANTOI!!! Anak penyanyi Gegar Vaganza kantoi curi motorsikal..

PUTRAJAYA - Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan mengesahkan anak remaja seorang penyanyi wanita era 80-an ditangkap ketika sedang cuba mencuri motosikal di sini baru-baru ini.


Rosly berkata, remaja lelaki berusia 16 tahun berkenaan yang merupakan anak kepada peserta peringkat separuh akhir program realiti televisyen Gegar Vaganza 2 ditangkap bersama seorang lagi remaja berusia 18 tahun.

"Kedua-duanya telah dituduh pada Isnin lalu di Mahkamah Majistret Putrajaya di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan. Mereka mengaku tidak bersalah.

"Perbicaraan ditetapkan pada Feb 2016," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah tugas Timbalan Ketua Polis Putrajaya, Supt Mak Pak
Chuai yang bersara hari ini, kepada Pemangku Timbalan Ketua Polis Putrajaya, Deputi Superintendan Rudy Abdullah.

kedua-dua remaja berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis. Mengenai kes jenayah di Putrajaya sepanjang 2015, Rosly berkata sehingga 21 Disember, indeks jenayah di daerah ini turun sebanyak 5.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

"Sementara 37.5 peratus daripada kes yang ditangkap dituduh di mahkamah," katanya.

Beliau berkata, tahun depan, kerjasama antara polis dan komuniti setempat akan ditingkatkan untuk menjadikan Putrajaya sebagai daerah yang sejahtera dan selamat tercapai. - Bernama



Sumber

TRAGIS!!! Anak maut terjatuh depan mata..

Selama: Kanak-kanak lelaki lima tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga kuaters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama, malam tadi.

Dalam kejadian 11 malam itu, mangsa, Aqeef Nifael Sharhafizie Afzal, bersama ibu bapanya dan baru pulang dari bercuti.


Mangsa dikatakan naik bersama ibunya ke rumah mereka yang terletak di tingkat tiga, sementara bapanya dan anak kedua sedang berkemas di kereta untuk naik ke rumah.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Loo Lian Lay berkata, ketika bapa mangsa dalam perjalanan di koridor ke lif, tiba-tiba mangsa jatuh dari atas ke tepi longkang blok Felicia di depan mata bapanya.

Katanya, ketika kejadian, tiada saksi lain selain daripada kedua ibu bapa mangsa.

"Hasil pemeriksaan awal daripada pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

"Mayat kemudian dibawa ke Hospital Selama untuk dibedah siasat dan jenazah akan dibawa ke kampung halaman ibu bapanya di Sungai Petani untuk pengebumian," katanya.--Hmetro

PANAS!! PANAS!! RUMAHTANGGA KAKAK EMMA MAEMBONG KINI GOYAH?..

Rumahtangga yang dibina Chef Riz dan isterinya Shikin Maembong memang tampak bahagia bersama dengan cahaya mata sulung mereka yang kini berusia tujuh bulan.. Tapi, kehidupan berumah tangga ibarat seperti air laut, tidak sentiasa tenang kadangkala pasti akan dilanda ribut atau ombak..


Ada pihak mendakwa rumah tangga Shikin dan Chef Riz sedang dilanda badai selepas Shikin kerap memuat naik status-status sedih di Instagram miliknya.. Pelbagai respon dari pengikut Shikin bila dia sering memuatnaik status-status tersebut.. Takkan perkahwinan kedua Chef Riz akan tamat juga?

Menurut Chef Riz, memang ada sedikit konflik rumah tangga antara dia dan isterinya namun ia dah berjaya diselesaikan.. Masalah yang berlaku pun tak ada besar sangat, hanya perkara kecil kerana kesibukan tukang masak itu dengan perniagaannya..

"Tidak ada apa yang serius berlaku antara saya dan isteri. Cuma sejak akhir-akhir ini saya sibuk menguruskan restoran dan beberapa perniagaan lain membuatkan masa saya bersama isteri dan anak sangat terhad.

"Biasalah orang perempuan merajuk. Tambahan pula Shikin seorang yang berjiwa lembut, jadi dia mudah terasa.

"Saya malas nak layan apa yang orang luar fikir tentang kami. Tiada faedah pun. Biasalah suami-isteri, mesti sedikit sebanyak akan ada konflik-konflik kecil," katanya..

Biasalah wanita memang suka merajuk, dan sukakan perhatian.. Bila dah suami terlalu sibuk dengan perniagaan atau kerja.. Mula lah mereka rasa diri tak dihargai dan mula merajuk..

Dah merajuk tu suami pandai-pandai la pujuk dan ambil hati isteri semula.. Jangan biarkan rajuk isteri tu lama-lama.. Nanti melarat jadi benda lain pulak.


Perghhh!!!! Ahmad Maslan Terpaksa Tanggung Malu, Restoran Terkemuka Ini Perli Kenyataannya Yang Paling WIN..

PETALING JAYA: Kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan terus dikritik pelbagai pihak walaupun beliau telah memberikan penjelasan mengenai saranannya yang meminta rakyat Malaysia melakukan lebih dari satu kerja.


Setelah pemimpin-pemimpin politik dan selebriti mengkritiknya, sebuah restoran berantai terkemuka, Nandos juga tidak ketinggalan mengambil kesempatan dengan berkongsi status mengenai kenyataan itu.

Nandos menerusi laman Facebooknya telah memuat naik status “Kerja memang kerja, tetapi family dan friendship itu penting juga dowh”. Status yang disertakan dengan gambar itu juga tertulis “#2kerja? staff kami #banyakkerja dowh”.

Dalam tempoh dua jam status tersebut dimuatnaik, ia telah disukai lebih 1,429 pengguna laman sosial.

Pengguna Facebook Nora MG telah menyatakan “Naughty Nando’s. Kena simen kang baru tau lol..”

Manakala seorang lagi pengguna, Shakira Hamzah memohon agar restoran tersebut mengambil pekerja sambilan bagi menyahut seruan Ahmad itu.

“Nandos tidak mahu ambil pekerja sambilan untuk menyahut seruan #2kerja ke?” tulisnya.




PERGHHH!!! PANDANGAN PEGUAM TENTANG KES ZULKIFLI MEMBUNUH PEROMPAK..


Assalamualaikum semua.

Izinkan saya memberi pandangan utk menjelaskan apa yg berlaku. Memang kita semua bersimpati dengan Abg Zulkifli ini tetapi proses undang2 itu harus di lalui dahulu oleh Abg Zulkifli sebelum keadilan di tegakkan.

Mempertahankan diri dan maruah keluarga sememangnya adalah satu pembelaan bermerit yg di benarkan di dalam Kanun Keseksaan walaupun ketika mempertahankan diri itu, kita menyebabkan kematian orang lain. Tetapi, fakta ini tak boleh di selesaikan di fb. Abg Zulkifli perlu juga menjalani proses tahanan reman, pendakwaan dan perbicaraan sehinggalah Hakim yg membicarakan kes itu nanti memutuskan beliau tidak bersalah kerana mempertahankan diri dan keluarga dari rompakan. Tempohmasa perbicaraan pula boleh selesai dlm tempoh 1 tahun.

Di sebabkan kes yg di tuduh terhadap abg Zulkifli ini adalah kes bunuh, maka Peguam yang akan mewakili abg zulkifli nanti adalah peguam lantikan mahkamah. Ini bermaksud tak perlu kita nak kumpul duit cari peguam utk membela kerana kerajaan kita memang menyediakan peguam percuma jika tertuduh menghadapi kes yg melibatkan hukuman gantung.

Ok selesai bab abg Zulkifli. So apa jadi dgn keluarga beliau sementara beliau melalui proses mahkamah ini? Maka inilah tanggungjawab warganegara yg prihatin utk membantu meringankan beban keluarga. Nak kutip derma kutiplah untuk bantu keluarga abg zulkifli ni.

Tapi tak perlulah nak kritik sistem kehakiman negara ke apa sebab apa yg di lalui oleh abg zulkifli ni adalah prosedur biasa. Memang dia tak salah tapi sebab membunuh tu tetap suatu jenayah maka dia tetap kena menghadap Hakim dan melalui proses bicara.

Cuma sbb beliau mempertahankan diri dan keluarga maka mudahlah Peguam yg akan mewakili beliau nanti menimbulkan keraguan yg munasabah atas kes pendakwaan dan seterusnya membebaskan abg zulkifli.

Itu saja yg saya nak cakap sekarang.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz - Peguam

Sumber

Wednesday, 30 December 2015

Perghhh!!! Pengakuan BENAR Seorang Anggota Polis..


Pengakuan BENAR Seorang Anggota Polis | Saya, MIOR FAHIM BIN AHMAD (K/P Polis No: G/13237) yang beralamat di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), Jabatan Siasatan Jenayah, Johor dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-


1. Saya bekerja sebagai seorang pegawai polis berpangkat Assisten Superintendan (ASP) di Cawangan D7 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), JSJ, Johor. Saya membuat Akuan ini demi menjaga keselamatan peribadi dan integriti saya sebagai seorang pegawai polis berhubung tugasan dan siasatan yang saya lakukan dan arahan yang saya terima.

2. Pada 21.08.2006, saya telah terima arahan kenaikan pangkat dari C/Insp ke ASP melalui E-Siar. Kenaikan pangkat saya berkuatkuasa mulai 01.07.2005.

3. Pada September 2006, saya telah berjumpa dengan KBPD IPD Kota Kinabalu – DSP. CHEW THAM SOON dan meminta bantuan beliau untuk menguruskan penempatan saya jawatan SIO Kota Kinabalu seandainya beliau mempunyai kenalan di bahagian perjawatan Bukit Aman, disamping itu saya juga telah memohon bantuan beberapa pegawai kanan lain yang saya kenali.

4. Saya telah berjumpa dengan DSP. CHEW THAN SOON dan saya bertanyakan penempatan saya. Kemudian saya dimaklumkan beliau telah mencadangkan saya ke jawatan D7, IPK Johor. Saya tidak bersetuju dan meminta beliau untuk mengekalkan saya di IPD Kota Kinabalu. DSP CHEW THAM SOON meyakinkan saya untuk pertukaran ke D7 Johor.

5. Pada November 2006, saya mula dikenalkan kepada BK TAN. Saya bersama DSP. WAN HASSAN (Tim. Komandan PULAPOL Kota Kinabalu) di bawa oleh DSP. CHEW THAM SOON ke sebuah pejabat yang terletak di bangunan AM-CORP, Petaling Jaya, Selangor. Kami telah berjumpa dengan seorang lelaki Cina yang dikenali sebagai BK TAN. Dalam perjumpaan terebut DSP. CHEW THAM SOON telah mengenalkan saya kepada BK TAN. Kemudian saya telah ditemu bual oleh BK TAN berhubung pengalaman kerja.
6. Semasa perjumpaan tersebut, telah datang seorang lelaki Cina gemuk yang mengenalkan dirinya sebagai AH HON. Dalam temubual tersebut, BK TAN memberitahu bahawa apabila saya bekerja di bahagian D7, IPK Johor, hendaklah bekerja dengan baik. BK TAN juga beritahu saya AH HON merupakan orang yang menjaga ZON SELATAN dan memberitahu sekiranya ada apa-apa hal AH HON akan berhubung dengan saya. Kemudian telah masuk seorang lelaki Melayu di pejabat sebelah, lalu BK TAN telah pergi menyambut lelaki tersebut.

7. DSP CHEW memberitahu saya bahawa lelaki melayu itu adalah salah seorang Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) iaitu DATO’ OTHMAN TALIB, yang mempunyai hubungan baik dengan BK TAN, dengan tujuan memudahkan urusan untuk kenaikan pangkat di masa hadapan.

8. Dalam waktu yang sama, masuk seorang lelaki Cina pendek ke Pejabat tersebut. AH HON telah mengenalkan bahawa lelaki Cina tersebut adalah PT-D7 JOHOR (DSP. NG FOOK LONG). DSP CHEW juga memberitahu saya bahawa BK TAN mempunyai perhubungan yang amat baik dengan TAN SRI KPN dan akan mendengar setiap cadangan dan nasihat BK TAN. DSP CHEW juga menunjukkan seorang lelaki melayu yang sedang bekerja di pejabat bersebelahan dan memberitahu bahawa orang itu adalah anak lelaki TAN SRI KPN. Sewaktu saya di pejabat BK TAN, saya juga lihat AH HON telah membawa keluar satu arahan pertukaran yang baru keluar dan arahan pertukaran tersebut dibincangkan oleh mereka bersama.

9. Pada Disember 2006, saya telah menyemak E-Siar dan mendapati nama saya terdapat dalam arahan pertukaran tersebut untuk melapor diri sebagai ASP D7, IPK Johor. Pada hari yang sama juga AH HON telah menghubungi saya melalui talipon dan bertanyakan kepada saya bila hendak melaporkan diri dan meminta saya untuk melaporkan diri dengan cepat.

10. Lebih kurang 2-3 hari selepas arahan pertukaran keluar, saya telah menalipon beberapa pegawai kanan yang saya kenali ACP ROSLI MD ISA, DCP DATO’ MOKTHAR BIN HASSAN, ACP AZIZAN ABU TAAT yang pernah bertugas di Johor. Mereka menasihatkan saya supaya berhati-hati dengan sindiket ekor haram dan pelacuran di Negeri Johor.

11. Pada 16.01.2007, saya telah melaporkan diri di IPK Johor. Apabila saya melaporkan diri, AH HON telah menghubungi saya dan memaklumkan rumah telah disediakan. Saya kemudian telah terus pergi ke rumah tersebut di Bistari Impian, Larkin dan berjumpa dengan tuan rumah. Tuan rumah tersebut adalah seorang perempuan Cina. Saya bertanyakan tentang harga sewa sebulan dan beliau mengatakan harga biasa adalah RM1,200/- sebulan tetapi beliau menawarkan untuk saya hanya dengan RM900/- sebulan dan pada masa yang sama juga saya meminta beliau untuk menyediakan surat perjanjian sewa rumah. Beliau mengatakan “Tuan duduk dululah nanti baru kita kira”.

12. Semasa saya melaporkan diri kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG, beliau telah meyampaikan beberapa arahan penugasan dan memberi arahan semua serbuan boleh dibuat ke atas aktiviti haram kecuali judi empat nombor ekor haram dan hendaklah memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu.

13. Pada 28.02.2007, saya telah terima sms dari AH HON dari talian no. 017-2551255 yang berbunyi “Tolong Ambil Tindakan Serta Merta 4A(a) atas Tiga Tempat berikut No. S38, S25A dan S37 Jalan Bukit Batu 11, Kulai Johor. Tugasan dari atas tengah perhatikan. Jangan balik kosong”. Saya kemudian telah memaklumkan kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG dan beliau pun mengatakan ada menerima sms yang sama. Saya memberitahu DSP NG FOOK LONG, “Kita pegawai polis dan tidak boleh ikut arahan AH HON” yang saya dapati ahli sindiket haram. DSP NG FOOK LONG hanya mendiamkan diri.

14. Pada awal Mac 2007, saya telah keluar dari rumah yang disediakan oleh AH HON dan mencari rumah sewa sendiri di Bandar Baru Uda. Saya telah menguruskan sendiri penyewaan dan perpindahan ke rumah tersebut.

15. Saya juga telah terima sms dari AH HON, dimana AH HON meminta maaf di atas arahan beliau untuk buat serbuan. Selepas dari itu, tiada perhubungan lagi dengan AH HON.

16. Sekita waktu sama pada awal Mac 2007, saya telah terima maklumat dari anggota D7 iaitu SM/D.94894 Manimaran, Sjn/D.104700 Raja Kumar, Sjn/D.88548 Tow Pong Yew, L/Kpl/D.115161 Asmawi Bin Utar dan Sjn. 89379 Yassim Bin Malek – dari IPD Kluang, Johor bahawa sindiket TENGKU (GOH CHENG POH) dibawah seliaan AH HON telah aktif menjalankan kegiatan judi empat nombor ekor haram dengan memonopoli seluruh Negeri Johor, dimana TENGKU mempergunakan Pegawai dan Anggota D7 untuk membuka kes fail ke atas mana-mana ajen/penganjur yang tidak tunduk kepada sindiket tersebut. Mana-mana pegawai dan anggota tidak mengikut telunjuk sindiket ini akan ditukarkan ke PGA.

17. Ada diantara anggota D7 yang tidak dapat menerima perkara ini telah memohon untuk bertukar keluar dari D7, IPK Johor tetapi tidak disokong oleh PT-D7 terdahulu iaitu DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN dan SI/D.59920 NG SWEE MIN. Atas sebab tersebut, saya telah mengeluarkan arahan kepada Pegawai D7 dan anggota D7 supaya mendapatkan maklumat ke atas kegiatan sindiket TENGKU untuk penyediaan kes fail.

18. Pada 28.03.2007, sepasukan Pegawai dari D7 Bukit Aman, Kuala Lumpur yang di ketuai DSP. ZAWAWI telah membuat serbuan/tangkapan ke atas dua (2) pusat pengiraan judi empat nombor ekor loteri awam haram iaiatu di Taman Sri Putri, Kulai Johor dan Taman Sentosa, Johor Bahru. Dalam tangkapan tersebut sejumlah 32 buah mesin faks dan tujuhbelas (17) orang telah ditangkap bersama lebih kurang 3,000 helai “ekod of stake”, Rujuk: Kulai Report: 2588/2007 dan Johor Bahru Selatan Report: 7295/2007.

19. Hasil dari risikan yang diperolehi dari tangkapan-tangkapan di atas, saya telah membuka kes fail dibawah Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 ke atas tiga (3) orang subjek yang terlibat langsung dengan TENGKU. Manakala kes fail terhadap TENGKU tidak dapat dibuka kerana kekurangan “statement”. Tiga (3) orang subjek yang diambil tindakan kes fail adalah bernama:-
(a) SOH KING SIANG;
(b) LIM CHIN CHAI; dan
(c) LEE YOKE HAN.
20. Ketiga-tiga kes fail ke atas subjek terserbut diatas telah diedarkan ke D7, Bukit Aman, untuk kelulusan tangkapan di bawah Sek. 3(1) Ord. Darurat (KA & MJ) 5/69. Namun, sehingga kini ia masih belum diluluskan.

21. Kemudian dari itu, saya dapati tigabelas (13) orang dari tujuhbelas (17) tangkapan di atas telah membuat laporan Polis dengan mendakwa saya dan anggota-anggota yang terlibat dalam soalsiasat dan merakam percakapan risikan telah memukul mereka semasa dalam tahanan dan rakaman percakapan risikan, dimana kebanyakkan tangkapan adalah wanita tua.

22. Akibat daripada laporan yang di buat oleh tangkapan-tangkapan di atas, satu pasukan TATATERTIB diketuai oleh DSP. Navamaney telah merakamkan percakapan saya dan anggota terlibat. Siasatan Tatatertib menjurus kepada membantu kepada pihak sindiket, sedangkan saya dan anggota tidak menggunakan sebarang kekerasan terlebih lagi terhadap wanita tua. Selang dua hari kemudian, saya dapati DSP. Navamaney telah dinaikkan pangkat P/SUPT.

23. Pada 30.03.2007, saya dan anggota D7 telah menangkap tiga (3) orang subjek di bawah Sek. 3(1) Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 yang merupakan ahli sindiket TENGKU. Butiran diri mereka adalah seperti berikut:-
(a) CHAI NGEW;
(b) CHIN YEW FAH; dan
(c) TAN LEE POEY

24. Subjek (i) dan (ii) telah ditahan di lokap Balai Polis Larkin, dimana ketiga-tiga mereka ditahan untuk tempoh 60 hari sementara arahan KKDN. Selepas sembilan (9) hari kemudian, ketiga-tiga subjek di atas dibebaskan tanpa pengetahuan saya, sedangkan saya merupakan IO kes fail. Mereka telah dibebaskan oleh P/DSP. NG FOOK LONG di atas arahan DATO KHALID BIN ABU BAKAR – Tim. Pengarah JSJ 1 – (Operasi/Risikan). Setelah meneliti ketiga-tiga kes fail tersebut, saya dapati mereka dibebaskan dengan alasan, telah insaf, tiada kekerasan dan menjalankan aktiviti secara individu, sedangkan arahan PJSJ No. 2/2005 masih dikuatkuasakan.

25. Pada 29.05.2007, saya telah meneliti E-Siar dan mendapati lima orang pegawai D7, IPK Johor telah ditukarkan keluar dari Bahagian D7, IPK Johor dan salah seorang pegawai saya bernama C/INSP. SUNDAR RAJAN A/L ELLUMALAI (I/12413) telah ditukarkan-ke PGA SIBU. Saya dapati pengawai ini ditukarkan kerana beliau telah terlibat dalam merakamkan percakapan risikan ke atas seorang tangkapan bersabit J.BAHRU REPORT: 7295/2007 yang mendedahkan secara positif penglibatan TENGKU dalam penganjuran aktiviti perjudian empat nombor ekor loteri awam haram. Selain itu, pegawai ini juga aktif dalam menangkap ajen-ajen menulis judi empat nombor ekor loteri awam di bawah sindiket TENGKU.

26. Adalah saya mengatakan bahawa sebagai seorang pegawai polis, saya merasa amat tertekan bahawa tindakan saya dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan jenayah judi haram yang membabitkan sindiket dibawah naungan TENGKU dan BK TAN boleh menyebabkan saya dikenakan siasatan oleh Bahagian Tatatertib. Saya menganggap ini satu penganiayaan terhadap diri, kerjaya, keluarga dan nama baik saya.

Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.
DITANDATANGANI DAN DIIKRAR )
SESUNGGUHNYA oleh MIOR FAHIM BIN )
AHMAD (G/13237) tersebut di atas di Kuala Lumpur )
pada haribulan 2007 )
Di hadapan saya,
Pesuruhjaya Sumpah

MOHON BANTUAN KITA CLICK SHARE SEBARKAN!
Kini Mior Fahmi Bin Ahmad telah mati meningal dunia akibat lemas didalam sungai:
1. http://www.mstar.com.my/…/berita…/2014/06/18/umrah-terakhir/
2. http://www.malaysia-today.net/statutory-declaration-of-asp…/


Sumber

Perghh!!!! Masih ingat Olivia dalam drama Sinetron Bawang Merah Bawang Puith, inilah 5 foto wajah terbarunya...


Masih ingat lagikah anda dengan budak kecil yang memegang watak Olivia di dalam sinetron Bawang Merah Bawang Putih? Nama sebenarnya ialah Marsha Aruan. Berikut adalah biodata Marsha Aruan.

Nama: Marsha Elizabeth Aruan

Tarikh Lahir: 24 Oktober 1996, Jakarta

Agama: Kristian

Pekerjaan: Artis, Model

Tahun Aktif: 2003 – sekarang

Twitter: https://twitter.com/marshaaruannn

Instagram: https://instagram.com/marshaaruan/








FUHLAMAKK!! Inilah basikal Siti Nurhaliza yang amat menarik hati..

Inilah basikal Siti Nurhaliza yang amat menarik hati


Kalau ada anugerah artis paling penyabar sekali pasti pemenang ialah....DATO SITI....Siti adalah contoh terbaik untuk artis2 baru.. bukannya seorang yg pemarah dan bukan seorang yg pendendam kerana itu siti yg terbaik. Aaamin....




PANAS!! PANAS!! Rakaman audio gadis 14 tahun diculik oleh van putih di Pelabuhan Klang

Mangsa, Nor Amira Atirah binti Abdul Majid, dilaporkan hilang, setelah ibunya mendapati anak gadisnya itu tidak berada di rumah sehingga jam 10.00 malam.


"Saya cuba menghubungi anak saya melalui telefon, tetapi tidak dapat. Saya juga cuba mencari di merata-rata tempat, juga tiada. Saya risau dengan keselamatan anak saya, takut terjadi perkara yang tidak diingini," katanya dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Bandar Sultan Sulaiman.

Susulan itu, sumber yang menghubungi kami juga turut memberikan rakaman audio perbualan dengan mangsa yang menangis sayu meminta pertolongan.


arkan rakaman tersebut, mangsa mendedahkan dia telah diculik oleh sebuah van berwarna putih, namun tidak sempat mengingat nombor pendaftaran kenderaan itu kerana kepalanya ditekup dengan kain sebelum pengsan.

Mangsa hanya tersedar dan ternampak papan tanda menuju ke Johor Bahru dan memaklumkan perkara itu kepada ahli keluarganya melalui panggilan telefon yang dibuat tanpa pengetahuan penculik terbabit.

Menurut mangsa, ramai lagi gadis-gadis yang lain turut berada dalam tahanan mereka yang dipercayai diculik untuk dijual.

Bagaimanapun, perbualan itu terputus apabila telefon mangsa kedengaran seperti dirampas oleh seseorang yang dipercayai penculik terbabit.

Pihak Polis Diraja Malaysia sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan untuk mengesahkan kejadian culik ini namun waris mangsa sudah giat menyebarkan maklumat bagi tujuan mengesan mangsa. - THEHYPEMEDIA.COM


Sumber

FUHLAMAK!!! Cara Natural Untuk Buang Lemak dan Cuci Usus Tanpa Perlu Belanja Yang Banyak..

Nak buang lemak dan cuci usus tapi tak nak belanja banyak?... Ini caranya:


1) Lemon sebiji boleh perah ambil airnya atau potong nipis2 dengan kulit masukkan dalam air.
2) Atau nak guna limau nipis boleh tapi kalau nak guna limau nipis perah jusnya masukkan dlm air jangan potong dengan kulit nanti rasanya pahit.
3) Asam keping masukkan dalam 6-8 keping.
4)1 uncang teh hijau. Bukan teh biasa ye


Caranya masukkan teh uncang hijau dalam termos atau teko dan tuangkan air panas untuk larutkan teh. Dah agak suam baru masukkan lemon / limau nipis dan asam keping.

Rasa dia memang sangat tak sedap. Bila nak minum campur sikit madu. Jangan campur gula pulak. Kemudian rasekan getarannya selepas beberapa jam atau keesokan harinya. Sebelum puasa ni kita cuci usus dulu.

Amalkan sampai sehari sebelum puasa ok? Jangan time puasa lembik nanti. Yang penting aktiviti harian pun kena aktif. Baru lemak pecah dan kulit jadi padat dan tidakmenggeleber.
Selamat mencuba !


Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, anda dibenarkan untuk share dengan rakan-rakan anda. Tekan butang share di bawah. Terima kasih.


Sumber

Tuu Diaaa!!! Seluar Tersangkut menyelamatkan Nyawa Saya...

Novosibirsk (Russia): Seorang lelaki yang tergelincir ketika mencuci tingkap kediamannya di tingkat 15 terselamat dari maut apabila seluarnya tersangkut di bucu tingkap.

Kejadian yang berlaku di sebuah bangunan kediaman di sini menyebabkan lelaki itu tergantung di luar tingkap selama 30 minit sebelum diselamatkan.


Pasukan penyelamat berkata, lelaki itu tergantung dalam keadaan kepala ke bawah dan sebelah kakinya tersangkut di bucu tingkap.

Katanya, keadaan lelaki itu disedari orang ramai yang terkejut apabila melihat mangsa tergantung di tingkat 15 sambil menjerit meminta tolong.

“Keadaan semakin mencemaskan apabila angin kencang menyebabkan badan lelaki itu berayun.

“Bagaimanapun, jiran yang menyedari keadaan lelaki itu kemudian bertindak memecahkan pintu rumah mangsa sebelum menyelamatkannya,” katanya.

Menurutnya, pasukan penyelamat yang tiba tidak lama selepas itu mendapati lelaki berkenaan selamat dan tidak mengalami kecederaan serius.

“Lelaki ini sangat bernasib baik kerana dia pasti terbunuh sekiranya terjatuh dari ketinggian ini,” jelasnya. - Agensi

FUHLAMAKK!!! Menteri Berkahwin Dengan GADIS Berumur 28 TAHUN..

SIBU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Selangau, Datuk Joseph Entulu Belaun, 61, dilaporkan telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan gadis berusia 28 tahun, Jacklyne Anthony pada Sabtu lalu.


Memetik laporan portal Borneo Post Online, majlis perkahwinan pasangan berkenaan berlangsung meriah dengan disertai keluarga terdekat, teman-teman serta rakan-rakan politiknya.

Majlis itu diadakan di Kingwood Resort Mukah, bertemakan warna putih dan merah jambu, itu bermula dengan Jacklyne berjalan diiringi bapanya, Anthony Bilong sebelum upacara pertukaran cincin antara pasangan terbabit sambil disaksikan hadirin yang hadir.

Pada sebelah  petang, pasangan itu berjalan ke dalam dewan diiringi oleh muzik 'bertaboh.

Sementara pada majlis  makan pula ia diwarnai, dengan persembahan daripada artis-artis Iban dan penari popular.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Adat Bumiputra dan Penan), Datuk John Sikie, Setiausaha Politik di Jabatan Perdana Menteri, Adriana Chumang Nyambong, setiausaha politik kepada Ketua Menteri, Dr Richard Will Uban, Pemanca Robert Nanta, ketua-ketua jabatan kerajaan dan pemimpin masyarakat, lapor Borneo Post Online.


Sumber

TUU DIAA !!! KOMEN SHAH RUKH KHAN YANG MENGEJUTKAN RAMAI ORANG..

Pelakon bollywood yang terkenal dan dikenali di seluruh pelosok dunia, Datuk Shah Rukh Khan telah memberi komen yang mengejutkan tentang nyanyian Aliff Aziz dan Kilafairy.


Beliau kini sedang mempromosikan filem yang terbaru bertajuk ‘Dilwale’, lakonannya bersama Kajol, yang merupakan pasangan hero heroin yang serasi.

ARTIKEL SEBELUM: Penjelasan Yusry (KRU) Mengenai ‘Sorok’ Anak Mereka!

Datuk Shah Rukh Khan melalui instagramnya telah memuji nyanyian Aliff Aziz dan Kilafairy yang bertajuk Warna Cinta. Lagu ini adalah versi bahasa Melayu yang diadaptasi dari lagu filem bollywood tersebut iaitu Gerua.

Beliau memuat naik posting pujian menerusi laman instagramnya, @IAMSRK setelah ejennya di Malaysia iaitu SRK Universe Malaysia merepost semula posting berkaitan promo Warna Cinta yang terlebih dahulu dimuat naik joeprcinternational sejak beberapa hari lalu.


Joeprcinternational yang turut bertindak sebagai pemasaran Sony Music Malaysia turut menyelitkan sedikit sedutan ringkas nyanyian Warna Cinta Aliff Aziz dengan aktres Kilafairy.

Posting tersebut menarik perhatian SRK Universe Malaysia, lebih-lebih lagi apabila mereka turut terlibat dalam membantu mempromosikan filem tersebut. Filem Dilwale dijangka akan mula ditayangkan pada 18 Disember ini.


Sumber

KANTOI !!! Punca SEBENAR Remaja Berusia 12 Tahun DICERAIKAN Talak 3 Oleh Suaminya Akhirnya TERBONGKAR..

Akhbar The Star secara eksklusif mendedahkan bahawa Nur Fazira Saad, gadis berusia 13 tahun yang baru diceraikan baru-baru ini pernah membuat laporan polis pada bulan Julai 2012 sebelum dia berkahwin. Dia melaporkan bahawa dia telah dirogol oleh 3 orang lelaki termasuk bekas suaminya.


Aku dah tulis pengakuan sebelah perempuan dalam entri sebelum ini. Kalau nak tahu boleh klik ENTRI 1 kat atas.

Apa kata Mohd Fahmi Alias, bekas suami Nur Fazira Saad ?

“Kami hanya mengadakan hubungan seks selepas berkahwin,”

Mohd Fahmi malah mendakwa bekas isterinya menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil, tiga atau empat bulan sebelum dia menyedarinya.

“Rakan-rakan saya yang ada di sana melihat dia (Nor Fazira Saad) begitu mesra dengan seorang lelaki. Dia mengenali lelaki itu ketika bekerja di pekan Padang Serai (dalam daerah Kulim)"

Mohd fahmi memberitau dia menceraikan isterinya kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan walaupun tempoh perkahwinan belum cukup setahun.

“Kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, saya membuat keputusan untuk menceraikannya,”

Kata Mohd Fahmi, dia menceraikan Nor Fazira dengan talak satu, bukannya tiga seperti yang dihebohkan dalam media. Mohd Fahmi yang berhenti sekolah pada umur 16 tahun dan selepas itu bekerja di ladang kelapa sawit dengan gaji RM1,000 sebulan mengenali Nur Fazira  dua bulan sebelum mereka berkahwin.

Beberapa dakwaan lain Mohd Fahmi terhadap bekas isteri....

- biadap terhadap ibu bapa mertua
- tidak pernah memasak
- lari dari rumah setiap kali tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara
- berperangai jahat




Sumber

Tuesday, 29 December 2015

KANTOI !!! [3 Gambar] Pasangan Kekasih Ini Kantoi Meragut..Yang Lelaki Berjaya Lepaskan Diri,Tinggal Teman Wanita Yang Ditangkap Orang Ramai..Lihat Gambar Seterusnya...

TUE MAKAN DIA!! (3 Gambar) Pasangan Kekasih Ini Kantoi Meragut..Yang Lelaki Berjaya Lepaskan Diri,Tinggal Teman Wanita Yang Ditangkap Orang Ramai..Lihat Gambar Seterusnya...


Lihat pada gambar,rasanya normal dan sihat tubuh badan.Tapi kenapa kerjaya nie juga yang jadi pilihan pasangan ini.Semoga mereka berubah dan jadi insan yang lebih baik..sama-sama kita doakan..




Perghhh!!! Artis Malaysia Yang Disangka Melayu Tapi Sebenarnya BUKAN , Jangan Terkejut Kalau Artis No 4 Yang Hot Ni Sebenarnya Bukan Asal Malaysia..


Jom kita senaraikan kat sini artis malaysia yg langsung org tak tau selama ini adalah keturunan bukan melayu tapi ramai org ingat dia melayu.

Artis-artis market melayu tapi yg semua org sedia maklum diorang bukan org melayu dan islam macam keith foo, stacy, marsha, fran, burn tak dikira dalam senarai ni
kacukan tapi ada darah melayu tetap tak dikira dalam list ni
yang aku tau:

1) jeslina hashim = dengar2 dia ni mamak campur cina dan tiada darah melayu langsung.


2) tony eusoff = muka dan nama pentas macam org melayu tapi dia sebenarnya org bidayuh mix iban beragama kristian. nama sebenar anthony joseph


3) josian hogan @ md musleh = keturunan latino/hispanic dari US tulen 100% tapi berbapa tirikan org melayu


4) nora danish = keturunan arab campur myanmar


5) Adam AF


6) zach x factor = muka macam melayu, kelakuan macam melayu tapi dia sebenarnya org bidayuh mix iban beragama kristian. nama sebenar zachary francis, dengar2 sepupu dgn tony eusoff.





TUU DIAA MENGEJUTKAN !! Lelaki Ini Dedah PUNCA SEBENAR Suami Tetak Isterinya Menggunakan Parang Hingga LUNYAI..

MENGEJUTKAN!! Lelaki Ini Dedah PUNCA SEBENAR Suami Tetak Isterinya Menggunakan Parang Hingga LUNYAI !


Seorang suami bersama rakannya menetak isterinya menggunakan parang sehingga si isteri lunyai, seorang wanita tampil menceritakan kejadian sebenar yang berlaku.





Tuu Diaaa!!! VIDEO Artis K-Pop Ini Jatuh Terlentang 9 Kali Ketika Buat Persembahan Ditonton SEJUTA Kali...

Menjaga setiap langkah semasa membuat persembahan di atas pentas sudah pasti menjadi satu perkara yang amat dititik beratkan oleh ramai penyanyi, mungkin kerana takut tersilap langkah atau demi memastikan persempahan yang dilakukan adalah yang terbaik.


Terbaru video sebuah kumpulan K-Pop wanita yang terjatuh semasa membuat persembahan telah menjadi viral di laman Youtube.

Video ini menjadi viral bukan hanya kerana penyanyi-penyanyi ini jatuh tetapi sikap mereka yang terus membuat persembahan demi membari kepuasan peminat yang setia memberi sokongan.

Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Gfriend itu membuat persembahan dengan menyanyikan lagu terbaru mereka berjudul Me Gustas Tu di mana semasa menari di pentas beberapa ahli kumpulannya dilihat jatuh.

Dikatakan lantai pentas menjadi licin kerana baru berlaku hujan lebat sebelum itu menyebabkan lantai basah.

Turut tersembam di hadapan penonton dan peminat mereka, Sin B juga mengalami nasib yang sama dengan Yuju.

Walau bagaimanapun, semangat dan komitmen yang mereka tunjukkan itu dikatakan telah memberi inspirasi kepada orang ramai yang menyebabkan video itu viral.

Video tersebut telah ditonton sebanyak lebih 1 juta kali sejak ia dimuat naik pada sabtu lalu.  


         




Sumber

Perghh!!! DIHINA Keluarga Kerana Jual Nasi Lemak Tepi Jalan, Namun Lepas 2 Tahun Lihat Apa Yang BERLAKU ..

Dihina Keluarga Kerana Jual Nasi Lemak Tepi Jalan

Kisah ini dipetik dari facebook, si kakak bermegah dengan pekerjaannya sebagai penjawat awam dan memandang rendah kepada adiknya yang menjual nasi lemak di tepi jalan.


BACA KISAHNYA:
Kakak aku kerja kerajaan, keluar pukul 6 pagi balik pukul 6 petang. 12 jam kerja. Gaji cecah RM2.8k sebulan. Balik kampung bercakap megah, ayat berapi dan takabbur dengan adik beradik. Tambah pulak dengan aku yang kerja berniaga tepi jalan ni.

Tapi kerja setahun dapat pakai kereta myvi SE. Masa nak enjoy dan keluar melancong memang terhad. Apatah lagi nak ke Makkah. Hidup terikat dan tak enjoy… Wow hebat tak terhingga.

Aku tak kerja kerajaan, hanya berniaga nasi lemak kukus di tepi jalan raya. Start kerja pukul 6 pagi sampai 10 pagi. Lepas tu balik tidur dengan nyenyak. Hanya 4 jam kerja dapat income RM200 sehari paling minima. Setelah setahun berniaga. Aku pakai honda civic type r jer pun. Alhamdulillah dah dapat pergi 5 negara termasuk ke Mekah selang 3 tahun sekali.

Dapat beli tanah sendiri, dan hantar mak ayah aku menunaikan umrah tiap-tiap tahun. Kakak aku tiap-tiap kali tengah bulan mesti col aku nak pinjam duit. Bukan nak riak… tapi nak cakap kerja berniaga ni sungguh enjoy kerana tak sangkut paut dengan sesiapa.

Untuk kakak-kakak yang pakai kemas bergaya kerja pejabat, janganlah pandang rendah sangat pada orang yang berniaga tepi jalan. Hakikatnya poket mereka lebih tebal dari poket kamu yang sentiasa kering di tengah bulan.

Kadang-kadang orang yang sombong adalah orang mendapat sedikit nikmat tetapi bermegah-megah dengan nikmat yang sedikit itu

Moralnya jangan pandang rendah dengan pekerjaan orang lain, boleh jadi rezeki yang halal mereka itu lebih berkat daripada gaji kita. Rezeki yang diberkati sentiasa cukup walaupun nampak tak seberapa..



Sumber

FUHLAMAK !!!! Wajah Terkini Nik Adruce Pelakon Filem Tentang Bulan, Dulu Gemuk Je, Sekarang Memang Lain !

Wajah Terkini Nik Adruce Pelakon Filem Tentang Bulan, Dulu Gemuk Je, Sekarang Memang Lain !


Anda mungkin mengenali pelakon cilik ini jika anda pernah menonton filem arahan Ahmad Idham yang bertajuk “Tentang Bulan”. Tentang Bulan adalah sebuah filem terbitan Metrowealth ke-20 dengan arahan oleh Ahmad Idham. Sebuah filem Komedi bertemakan Kanak-kanak dan kekeluargaan ini mula ditayangkan pada 21 Disember 2006.


Filem Tentang Bulan berkisarkan persahabatan antara lima sahabat sekampung, Asmawi, Bulat, Ketot, Budi dan Illa tergugat dengan ketibaan Zurina dari kota.Senario dan aktiviti riadah yang dilakukan oleh kelima-lima sahabat ini mampu menggamit memori silam para penonton yang pasti akan terkenang zaman kanak-kanak mereka.

Sudah sembilan tahun masa berlalu. Masihkah anda mengingati pelakon “gemuk” iaitu Nik Adruce in? Berbadan tembam dan telatah lucunya mampu mencuit hati penonton. Wajah terbarunya ini betul-betul memeranjatkan kami.



BIODATA NIK ADRUCE (BULAT)
● Nama Penuh – Nik Muhammad Farith Adruce Bin Nik Adelin
● Tarikh Lahir – 30 September 1994
● Asal – Bangsar, Kuala Lumpur
● Umur – 21 Tahun
● Agama – Islam
● Keluarga – Adruce merupakan anak tunggal pasangan Nik Von Adelin Nik Ismail dan Lezamaheran Abdul Ali
● Hubungan – Sepupu kepada pelakon cilik, Fimie Don
● Pendidikan – Sekolah Kebangsaan SS19 Subang Jaya, Selangor
● Kerjaya – Pelakon dan Pengacara
● Filem – Tipah Tertipu, Remp-It, Tentang Bulan sebagai Bulat & Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib
● Drama – Pasca Merdeka, Anak-anak Ramadhan, Disney Waktu Rehat, Tan dan Tun & Misi Yaya


Sumber

PANAS !! PANAS !! Raja Azura Mengamuk Besar Dengan Sinar FM..

KAK ENGKU MENGAMUK DIPECAT SERTA-MERTA OLEH SINAR FM

Kecewa dengan pihak pengurusan, Raja Azura meluahkan rasa tidak dihargai apabila diberi notis singkat untuk tidak menyambung kontrak sebagai penyampai radio di Sinar FM.


Raja Azura menganggap notis singkat itu amat “biadap” kerana pengorbanannya menghibur pendengar sebagai penyampai Sinar FM langsung tak dihargai sama sekali.

Ini luahan Raja Azura:

“Notis yang saya terima tiga minggu sebelum tarikh kontrak tamat. Bukan setahun atau dua tahun, saya dan dua rakan lagi sudah 10 tahun berkhidmat dengan stesen radio ini.

“Bagi saya tindakan itu sangat biadap. Saya bercakap secara umum, bukan sahaja kepada stesen radio tetapi juga syarikat lain yang menjadi majikan kepada pekerja.

“Setiap pekerja ada komitmen dan tanggungjawab masing-masing. Sebagai contoh, saya ibu tunggal yang perlu membesarkan anak.

“Bagaimana pula dengan mereka yang tiada sumber mata pencarian lain?”

“Paling sukar adalah apabila terpaksa melepaskan pendengar setiap segmen yang saya kendalikan.

“Ramai meluahkan perasaan mereka di laman sosial saya. Kata mereka, selepas ketiadaan saya dan dua lagi rakan, mereka tidak lagi terhibur seperti dahulu,”

Pelakon dan pengacara itu berganding bersama pelawak Salih Yaacob dan Khairil Rashid dalam segmen ‘Sinar Pagi’ di stesen radio itu dari jam 6 hingga 10 pagi setiap Isnin hingga Jumaat.

Segmen itu kini diambil alih oleh kumpulan lawak Sepahtu, manakala Salih ditukarkan ke segmen petang di stesen radio sama.

Khairil, seorang penyampai berpengalaman, kini menumpukan tenaganya di sebuah syarikat iklan radio.

Azura, atau biasa dipanggil Kak Engku, mendakwa pendengar-pendengar Sinar FM juga nyata terkilan dengan pertukaran itu.


Sumber

Popular Posts