Wednesday, 10 February 2016

ASTAGHFIRULLAH !!! KANTOI !!! ISTERI DURJANA "SEDAP" Bersama AWANG HITAM Dicekup SUAMI DI DALAM BILIK SENDIRI Tanpa SEURAT BENANG. Menangis Air Mata JANTAN Lelaki Bila Dapat Tahu KECURANGAN ISTERI...!!

Kuala Lumpur: Luluh hati seorang lelaki sejurus menangkap isterinya sedang bersekedudukan bersama seorang lelaki ‘Mat Afrika’ di dalam bilik hotel mewah di Bukit Bintang di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa yang juga seorang kontraktor dilapor menyerbu bilik hotel bersama dua anak saudara dan diiringi anggota polis.


Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu mengesyaki isterinya mempunyai kekasih gelap dan sering datang ke ibu kota untuk bertemu lelaki warga Nigeria itu.

“Susulan itu lelaki berusia 50-an terbabit mengatur jerat dengan berpura-pura mahu pergi ke selatan tanah air atas urusan perniagaan.

“Lelaki itu bagaimanapun menggunakan kenderaan lain untuk memantau rumah sebelum mengekori isterinya itu yang didapati meninggalkan rumah,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit kemudiannya mengekori wanita itu sehingga ke ibu kota.

Sumber itu berkata, lelaki terbabit yang yakin isterinya mendaftar masuk ke sebuah bilik hotel di Bukit Bintang, di sini, bergegas ke balai polis berhampiran meminta bantuan pihak berkuasa untuk melakukan serbuan.

“Telahan lelaki itu terhadap kecurangan isterinya ternyata tepat apabila serbuan mendapati wanita itu sedang bersekedudukan dengan lelaki warga Nigeria.

“Malah ketika ditemui, wanita itu dilapor dalam keadaan tidak berpakaian lengkap,” katanya.

Sehubungan itu, lelaki terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di sini, untuk tindakan lanjut.

Dalam laporannya, lelaki terbabit yang juga ahli perniagaan menegaskan wanita terbabit masih isterinya.


Sementara itu, sumber Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) mengesahkan perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah-Jenayah Syariah 1997).

Buat isteri-isteri di luar sana, jangan sesekali tertipu dengan awang hitam. kelak binasa diri!!


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts