Thursday, 31 December 2015

PANAS!! PANAS!! RUMAHTANGGA KAKAK EMMA MAEMBONG KINI GOYAH?..

Rumahtangga yang dibina Chef Riz dan isterinya Shikin Maembong memang tampak bahagia bersama dengan cahaya mata sulung mereka yang kini berusia tujuh bulan.. Tapi, kehidupan berumah tangga ibarat seperti air laut, tidak sentiasa tenang kadangkala pasti akan dilanda ribut atau ombak..


Ada pihak mendakwa rumah tangga Shikin dan Chef Riz sedang dilanda badai selepas Shikin kerap memuat naik status-status sedih di Instagram miliknya.. Pelbagai respon dari pengikut Shikin bila dia sering memuatnaik status-status tersebut.. Takkan perkahwinan kedua Chef Riz akan tamat juga?

Menurut Chef Riz, memang ada sedikit konflik rumah tangga antara dia dan isterinya namun ia dah berjaya diselesaikan.. Masalah yang berlaku pun tak ada besar sangat, hanya perkara kecil kerana kesibukan tukang masak itu dengan perniagaannya..

"Tidak ada apa yang serius berlaku antara saya dan isteri. Cuma sejak akhir-akhir ini saya sibuk menguruskan restoran dan beberapa perniagaan lain membuatkan masa saya bersama isteri dan anak sangat terhad.

"Biasalah orang perempuan merajuk. Tambahan pula Shikin seorang yang berjiwa lembut, jadi dia mudah terasa.

"Saya malas nak layan apa yang orang luar fikir tentang kami. Tiada faedah pun. Biasalah suami-isteri, mesti sedikit sebanyak akan ada konflik-konflik kecil," katanya..

Biasalah wanita memang suka merajuk, dan sukakan perhatian.. Bila dah suami terlalu sibuk dengan perniagaan atau kerja.. Mula lah mereka rasa diri tak dihargai dan mula merajuk..

Dah merajuk tu suami pandai-pandai la pujuk dan ambil hati isteri semula.. Jangan biarkan rajuk isteri tu lama-lama.. Nanti melarat jadi benda lain pulak.


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts