Penyanyi Hazama memberitahu ada meminta pandangan daripada rakan baiknya iaitu penyanyi Akim Ahmad berkaitan dengan hal berkaitan percintaan dengan pasangan berbeza agama kerana berasa kagum dengan pengorbanan Akim memperjuangkan cinta bersama tunangannya Stacy yang mencecah tujuh tahun itu.
“Saya ada minta nasihat dan bertanya pada Akim juga tentang hal-hal cinta dengan pasangan berlainan agama.
Saya lihat dia seorang yang penyabar dan sanggup menunggu lama, hubungan dia dengan tunangnya iaitu Stacy sudah tujuh tahun. Manakala saya Genervie baru sahaja tiga tahun bercinta.” Hazama dan kekasihnya Genervie Kam. Hazama tidak pernah mendesak wanita itu memeluk agama Islam semata-mata untuk berkahwin dengannya.
“Saya tidak mahu paksa dia masuk Islam, biar dia sendiri terbuka hati sendiri dan bukan kerana saya semata-mata. Saya sanggup tunggu selagi termampu dan kalau di memeluk agama Islam saya tidak mahu dia menukar namanya.”
Sumber
0 comments:
Post a Comment