Sunday, 31 January 2016

WAJIB BACA !!! 10 Makanan Yang Membakar Lemak Dengan Cepat..

10 Makanan Yang Membakar Lemak Dengan Cepat



1. Oats : Bukan sahaja mengenyangkan dan sedap, oat juga membantu mengurangkan tahap kolesterol dalam badan. Jadi amalan mengambil oat setiap pagi sangat membantu rutin diet anda

2. Telur : Telur adalah sumber yang kaya protein tetapi rendah kalori. Telur membantu badan membina otot dan meningkatkan kolesterol baik dalam tubuh.

3. Buah Epal: Kaya dengan antioksidan. Ia juga mengandungi pectin yang berfungsi mengurangkan lemak dalam sel badan kita

4. Cili Hijau : Mengandungi Capsaicin yang membantu membakar kalori dalam badan dengan cepat.

5. Bawang Putih : Mengandungi Allicin yang bertindak sebagai anti-bakteria dan berupaya mengurangkan lemak dan kolesterol jahat dalam badan.

6. Madu :  Madu yang diminum bersama air suam setiap pagi, membantu membakar lemak dalam badan.

7. Green Tea : Tea yang paling efektif untuk menurunkan berat badan. Mengandungi antioksidan yang membantu mengurangkan dan menstabilkan berat badan. Untuk kesan yang cepat ambil green tea 2x cawan sehari

8. Wheat Grass : Atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai Rumput Gandum, membantu meningkatkan metabolisme badan dan mengurangkan lemak dalam tubuh.

9. Tomato : Membantu membakar lemak dengan cepat. Selain itu, ia juga membantu badan menyerang sel kanser. Sangat bagus diamalkan untuk kesihatan dan kecantikkan.

10. Dark Chocolate : Mengandungi Flavonoids yang membantu mengurangkan kolesterol dalam badan dan membakar lemak degil.


Jika dilihat balik, kebanyakkan daripada 10 makanan yang membakar lemak dengan cepat ni adalah makanan yang kita biasa jumpa. Bukannya pelik pun kan.. So mudah aje, amalkan mana yang senang untuk anda, insyaAllah misi melangsingkan anda akan berjaya.


Sumber

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts