Bakal mendirikan rumahtangga pada Februari ini, penyanyi Akim Ahmad baru-baru ini telah mendapatkan sebentuk cincin bertahtakan lima permata di sekelilingnya untuk diberikan kepada isterinya, Stacy AF. Lebih menarik, pilihan cincin oleh Akim itu juga mempunyai maksud tersendiri.
“Cincin pilihan saya ini adalah kejutan buat Stacy kerana coraknya yang berbeza dari kebiasaan. Ringkas saja bentuknya namun memberi erti yang mendalam. Corak itu dipilih bagi mengingatkan Stacy kepentingan solat dalam mengukuhkan ikatan perkahwinan kami nanti”
“Rapuhnya tiang agama itu nanti mampu menggoyahkan rumahtangga. Saya berharap Stacy suka dengan cincin yang dipilih dan memahami maksud tersirat di sebalik pemilihan tanda cinta kami itu,” jelasnya kepada BH Online.
Akim dan Stacy juga dalam masa yang sama menjelaskan bahawa mereka kini sedang sibuk membuat persiapan majlis pernikahan yang akan didadakan di Sabah. Apa pun, moga segala urusan dipermudahkan belaka buat pasangan ini.
Sumber
0 comments:
Post a Comment