Cara Berkesan Untuk Menghalau Cicak Dari Rumah
Pertama sekali anda perlu jaga kebersihan rumah. Rajin menyapu dan mop lantai. Kemas kabinet dapur, biar tersusun. Cicak suka tinggal di kawasan yang gelap, kotor dan berselerak. Kawasan yang kotor biasanya akan mengudang pelbagai jenis serangga. Cicak menjadikan serangga sebagai makanannya, jadi bila ada serangga maka disitulah ada cicak.
Cari tempat di mana cicak bersembuny. Untuk menghalaunya, anda boleh campurkan air dan bancuhkan dengan beberapa biji cili padi. Kemudiakan semburkan air cili itu ke kawasan persembunyiannya. Selalunya di dalam atau di belakang kabinet rumah.
Anda juga boleh gunakan cili kering, letakkan di tempat yang kerap didatangi cicak. Gantikan cili kering tersebut selepas seminggu dua.
Satu lagi petua yang boleh anda cuba adalah dengan menggunakan kulit telur ayam. Cuci dan keringkan kulit telur ayam terlebih dahulu. Selepas itu pecahkan atau tumbuk sedikit kulit cicak itu dan taburkan di tempat yang kebiasaannya menjadi tempat persembunyian cicak.
Untuk anda yang membela kucing, kehadiran cicak mungkin tidak menjadi masalah kerana cicak memang takut dengan kucing. Tetapi kucing-kucing sekarang, ada yang tengok cicak pun dia buat tak layan je sebab dah kenyang makan makanan kucing yang sedap dan berkhasiat.
Semoga Cara Berkesan Untuk Menghalau Cicak Dari Rumah akan membantu untuk menyelesaikan masalah anda yang benci dengan kehadiran cicak yang begitu banyak.
0 comments:
Post a Comment