“Itu adalah kata-kata nakal. Sepanjang kami bersama tidak pernah sekali saya mengongkong aktiviti atau kerjaya seninya. Malah, tidak pernah berlaku pun masalah kewangan atau saya tidak bekerja.
“Ingin dijelaskan, semua tuduhan berkenaan tidak berlaku dan tidak benar sama sekali. Orang yang membuat tuduhan itu hanya pandai bercakap dan membuat spekulasi saja. Lebih baik menjaga hal masing-masing daripada menyibuk kisah orang lain,” katanya kepada Harian Metro.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 26 September 2013 sebelum bercerai pada 28 April 2014, namun rujuk semula pada 17 Julai tahun yang sama.
Mereka kemudian bercerai lagi pada September tahun lalu.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Jatuh ini enggan menuding jari kepada bekas isterinya berikutan perceraian itu.
“Bagi saya, masalah rumah tangga kami biarlah kami dan Allah SWT saja yang tahu. Apa saya boleh katakan, Fiza tidak ada sebarang kesalahan.
“Namun, memandangkan status kami sebagai selebriti membuatkan peminat ingin ambil tahu. Justeru, cukup sekadar orang mengetahui kami sudah berpisah. Selebihnya biarlah saya simpan dan tidak ada guna untuk dikongsikan dengan orang lain,” katanya. – HM
Sumber
0 comments:
Post a Comment