"Adalah berdosa besar kepada saya jika saya memfitnah seseorang itu dan saya lafazkan di sini, Wallahi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak langsung tidak ada terlibat, tidak ada kaitan dalam kes ini," katanya dalam rakaman video pengakuannya itu.
Bagaimanapun, netizen masih tidak dapat menerima pengakuan Sirul itu dan mendesak bekas komando itu mendedahkan siapa yang memberikan arahan untuk membunuh wanita Mongolia berkenaan.
Netizen juga meragui pengakuan Sirul yang seolah-olah mahu diberikan peluang untuk hidup dan kembali ke Malaysia tanpa menjalani hukuman gantung.
0 comments:
Post a Comment