Wednesday 9 December 2015

Terbaru : 2 didakwa ubah wang haram RM1.5 juta

BATU PAHAT: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas enam pertuduhan mengikut Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) membabitkan jumlah RM1.5 juta yang dilakukan mereka antara Mei hingga September 2008.

Selain itu, kedua-dua tertuduh juga turut berdepan enam pertuduhan bersama seorang lagi rakan sekerja mereka yang didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menjalankan aktiviti pemalsuan dokumen.


Tertuduh, Chong Chee Wai, 45; Lim Kui Yong, 36 dan Chew Choon Fang, 40 mengangguk tanda faham dan memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Azuar Che Yusof. Timbalan Pendakwaraya Mustaqim Sukarno kemudiannya mencadangkan kepada mahkamah supaya kedua-dua tertuduh dikenakan wang jaminan sebanyak RM50,000 setiap seorang dengan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah serta perlu melaporkan diri ke balai polis berhampiran sekali sebulan sehingga tempoh perbicaraan berakhir bagi kesalahan mengikut AMLA.

Bagi pertuduhan kedua iaitu menjalankan aktiviti pemalsuan dokumen, Mustaqim menawarkan wang jaminan sebanyak RM70,000 dikenakan terhadap ketiga-tiga tertuduh. Mahkamah kemudiannya membenarkan wang jaminan dikenakan terhadap Chee Wai sebanyak RM30,000 manakala RM25,000 bagi Kui Yong dengan masing-masing perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri ke balai polis berhampiran bagi kes mengikut AMLA.

Mahkamah turut memerintahkan semua tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM30,000 bagi pertuduhan menjalankan kegiatan pemalsuan dokumen dan menetapkan 10 Januari ini sebagai tarikh sebutan semula kes. Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/103464

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts