Saturday, 26 December 2015

Perghhh!!! Pesanan Amy Search Kepada Suami Nabila Huda Buat Ramai TERKEJUT !

Merestui pilihan Nabila Huda untuk perkahwinan kedua anak sulungnya itu, selaku bapa, Amy Search berharap agar menantunya, Mohd Izwan Johar dapat membimbing anaknya ke arah kebaikan.


“Saya berharap dia (Izwan) dapat menjaga Abil dengan baik seperti mana saya menjaganya. Semoga Izwan dapat membimbing Abil menjadi seorang isteri yang baik. Diharap Abil dapat menjalani fasa kehidupan sebagai isteri dengan sempurna dan menghadapi dugaan berkahwin dengan penuh sabar”

“Sebagai bapa, saya mendoakan yang terbaik buat mereka berdua. Dengan tangan terbuka, saya menyambut baik kehadiran Izwan sebagai ahli baharu keluarga saya,” jelasnya kepada BH Online.

Sementara itu, Izwan pula menerangkan bahawa tanggunjawabnya sebagai suami akan dipikul sebaik mungkin namun dalam masa yang sama tidak akan menghalang Nabila untuk meneruskan kerjaya seni.

Semoga pasangan ini akan terus kekal bahagia, dipermudahkan segala urusan dan juga dilimpahkan rezeki. Kami kongsikan bersama anda, beberapa keping gambar sepanjang majlis nikah diadakan.


Sumber

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts