Saturday, 26 December 2015

PERGHHH !!! Masih ingat lagi wajah cantik Nazira Ayub isteri Nabil tanpa tudung, cuba lihat foto terbarunya setelah Nabil kembali dari Mekah amat memeranjatkan!!

PULANG DARI HAJI, NABIL AHMAD DIJEMPUT BERI CERAMAH?? - "Saya sendiri dalam proses pembelajaran. Nanti apa pula orang kata....."

Mungkin ini satu pendekatan bagi sesetengah pihak untuk menyebarkan dakwah menerusi artis-artis yang berhijrah mahupun artis-artis yang baru sahaj pulang dari melakukan ibadat di Tanah Suci Mekah.


Nabil Ahmad yang baru sahaja pulang seminggu dari melakukan ibadat Haji di Mekah berpeluang menerima tawaran sesetengah pihak yang menginginkan dirinya memberi ceramah atau berkongsi detik-detik menunaikan ibadah Haji baru-baru ini.

Bagaimanapun, Nabil Ahmad yang mengakui dirinya masih dalam mendalami ilmu agama dan masih dalam proses pembelajaran tidak menerimanya sewenang-wenangnya selain melihat dahulu kesesuaian dirinya.

“Buat masa ini, saya cuba berubah terlebih dahulu dengan menambah amal ibadat, lebih banyak solat, bersedekah dan menolong orang.

“Jika ada tawaran ceramah, saya akan cakap (kepada pihak tersebut) tengok pada jadual dan lihat apa yang nak saya kongsi. Jika saya boleh bawa, saya akan terima, jika tidak, saya akan menolaknya.

“Saya sendiri dalam proses pembelajaran. Nanti apa pula orang kata. Apa yang saya boleh kongsi adalah pengalaman menarik saya sepanjang menunaikan haji,” katanya.

Dalam pada itu, Nabil Ahmad sempat berkongsi serba sedikit tentang pengalaman manis dirinya dijemput uintuk menjadi tetamu Allah.


“Alhamdulillah sepanjang berada di sana, saya tidak menghadapi sebarang masalah justeru memudahkan saya melakukan ibadat.

“Cuma berhadapan dengan cuaca panas, perjalanan yang agak lama, dan berjalan kaki untuk masuk ke Mina.

“Selain itu, banyak benda dapat belajar di sana apabila melihat orang lain punya kesusahan yang benar-benar susah, daif tetapi tetap mahu ke sana untuk beribadat.

“Di sana (tanah suci) walaupun kawasannya luas dan besar, namun orang berebut-rebut mendapatkan tempat untuk solat di dalamnya,” ceritanya.


Sumber

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts